Kirstie Alley meninggal dunia akibat kanser

Kirstie Alley meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon, Kirstie Alley yang terkenal menerusi drama komedi, Cheers, meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit barah pada usia 71 tahun.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Pusat Kanser Moffitt di Florida, Amerika Syarikat.

Berita pemergian pemenang Anugerah Emmy itu dimaklumkan oleh anaknya tanpa memperincikan jenis kanser yang dialami.

“Kami dengan rasa dukacita memaklumkan ibu yang merupakan seorang yang sangat penyayang dan mempunyai budi pekerti yang baik sudah meninggal dunia.

“Mendiang adalah seorang ibu dan nenek yang hebat,” katanya.

Sepanjang kariernya, mendiang dicalonkan sebanyak lapan kali bagi Anugerah Emmy yang kebanyakannya didominasi watak sebagai Rebecca Howe dalam siri televisyen NBC, Cheers.

Alley yang berasal dari Wichita, Kansas juga pernah muncul dalam filem Star Trek II: The Wrath of Khan, Drop Dead Gorgeous dan Look Who’s Talking.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya