Khairuddin letak jawatan sebagai Ketua Pejuang WP

Khairuddin letak jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) berkuat kuasa serta-merta tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, perjuangannya hanya berteraskan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama.

“Saya hanya memberi perkhidmatan terbaik dan paling amanah kepada Dr. Mahathir. Apabila perletakan jawatan beliau diterima biro politik Pejuang dan dimaklumkan pada mesyuarat MEP, maka perkhidmatan saya dengan Pejuang tidak relevan lagi.

“Dalam masa yang sama, saya juga telah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Presiden Pejuang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Khairuddin, Pejuang Wilayah Persekutuan juga secara konsensus bersetuju untuk membubarkan keseluruhan senarai Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh ketua negeri menganggotai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) berkuat kuasa serta-merta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya