Ketua Pembangkang, MP PN main politik jelek - Shamsul Iskandar

Ketua Pembangkang, MP PN main politik jelek – Shamsul Iskandar

SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Pembukaan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Ketua Pembangkang Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa mengeluarkan kenyataan jelek dan jijik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu laporan dikeluarkan media picisan dari luar negara.

Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, sangat bingung memikirkan bagaimana seorang Ketua Pembangkang begitu terdesak memetik berita pojok berbanding ratusan pujian dan penghargaan yang dikeluarkan ketua negara dan media utama tempatan serta antarabangsa. 

Beliau berkata, Ahli Parlimen Larut itu seharusnya sedar berita pojok itu tentunya sengaja diterbitkan demi mencari publisiti murahan.

“Sekali lagi saya berasa aneh bagaimana seorang Ketua Pembangkang yang sepatutnya mempunyai pengalaman luas di dalam Parlimen boleh mengesampingkan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 23 (1)(i), yang jelas menghalang sesuatu pertanyaan dikeluarkan hanya dengan bergantung kepada penerangan-penerangan dalam surat khabar.

“Lebih memualkan naratif songsang yang dibawa oleh Ketua Pembangkang turut dilantuni oleh ahli-ahli Parlimen PN tanpa menggunakan akal yang waras dan memainkan isu peribadi yang telah selesai apabila Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V berkenan mengampunkan Datuk Seri Anwar pada 16 Mei 2018, dengan pengampunan Di Raja bermaksud segala rekod kesalahan Datuk Seri Anwar dihapuskan.

“Adakah pertikaian yang dibangkitkan ini cubaan halus PN mencabar kuasa mutlak Institusi Raja? Cukup-cukuplah bermain politik usang, ini masa untuk negara bergerak ke hadapan dan lebih baik kita merangkul segenap kekuatan memperkasakan rakyat mendepani cabaran krisis ekonomi tahun 2023 yang bakal menjelang tiba,” katanya dalam kenyataan. 

Terdahulu, dalam perbahasan usul undi percaya, Sidang Dewan Rakyat huru-hara selepas Hamzah membaca tajuk berita negara asing yang menggelar Ahli Parlimen Tambun itu seorang homoseksual. 

Setiausaha PN itu membacakan kepada tajuk berita daripada laman berita picisan dari Itali, Agenzia Nova, itu.

Beberapa wakil rakyat terutamanya ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bangun mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.