Kerajaan kaji semula operasi tapak perkhemahan kawasan risiko tinggi - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji semula operasi tapak perkhemahan kawasan risiko tinggi

LOKASI kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kerajaan dijangka mengkaji semula keseluruhan aspek pengoperasian tapak perkhemahan di kawasan berisiko tinggi terutamanya di kawasan cerun dan berhampiran sungai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat susulan saranan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Mineral dan Galian (JMG) bagi mengelak bencana geologi daripada berulang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat berkata, perincian garis panduan baharu bagi pengoperasian premis terbabit akan dikemukakan agensi penguat kuasa dan pihak berkaitan.

“Ia (kajian ke atas semua tapak perkhemahan di kawasan cerun dan berhampiran sungai) adalah antara saranan JKR dan JMG dan kedua-dua jabatan ini mempunyai senarai lengkap kawasan cerun berkenaan.

“Itu sebabnya mereka minta saya beri nasihat supaya tapak perkhemahan di cerun hendaklah dikosongkan sementara terutamanya musim hujan,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, seramai 21 orang daripa 94 mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkemahan di sini.

Setakat ini, lebih 600 anggota penyelamat masih giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa yang belum ditemukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN