Kembali bersama Sepahtu? Kehidupan ini penuh kejutan - Shuib - Utusan Malaysia

Kembali bersama Sepahtu? Kehidupan ini penuh kejutan – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan, Shuib enggan memberi jawapan konkrit apabila ditanya adakah dia akan kembali bersama kumpulan Sepahtu selepas lebih setahun mengundurkan diri.

Jelas Shuib yang juga penyampai radio, dia tidak mahu memberi harapan kepada peminat kumpulan itu, khususnya mereka yang sering bertanyakan tentang perkara tersebut.

“Pasal Sepahtu, saya tiada komen. Kalau ada, adalah… Kehidupan ini penuh kejutan, tidak tahu bagaimana perancangan kita pada masa akan datang.

“Saya ikut apa sahaja yang Tuhan telah tetapkan. Semoga yang baik-baik sahaja. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tiada, saya masih akan terus memberikan sokongan,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib yang terpilih sebagai antara juri baharu The Masked Singer Malayaia musim ketiga mengakui sukar untuk meneka siapa gerangan penyanyi di sebalik maskot kali ini.

Jelasnya, setiap peserta bijak menukar karakter dan cara nyanyian sehingga sukar untuk juri meneka identiti mereka.

“Alhamdulillah, saya terpilih sebagai juri untuk musim baharu. Tetapi, kalau ada yang bertanya siapa di sebalik topeng itu, saya tidak boleh sesuka hati membocorkan maklumat. Lagipun, kita sudah tandatangan kontrak.

“Saya juga teruja apabila ada salah seorang peserta menyanyikan lagu Allahyarham Siti Sarah. Alhamdulillah, masih ada yang ingat dan hargai arwah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.