Jumpa baju, sarung golok dipercayai milik mangsa dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Jumpa baju, sarung golok dipercayai milik mangsa dikhuatiri lemas

SEORANG anggota bomba mencari Abdul Wahab Mat Sulaiman yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika membaiki paip di tingkat lima air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, Besut, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Anggota pasukan mencari dan menyelamat menemukan petunjuk baharu dalam misi mengesan  seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut di sini, Khamis lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut, Ramlan Ros Wahid berkata, pada operasi semalam, anggota yang menyertai operasi tersebut menemukan sehelai baju dan sarung golok dipercayai milik mangsa, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 27, dari Kampung Durian Telor , Jerteh, dekat sini.

Menurutnya, anggota bomba telah melakukan selaman di lokasi penemuan petunjuk baharu itu untuk mencari mangsa yang dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika membaiki paip di tingkat lima air terjun hutan lipur terbabit pada pukul 4 petang.

Katanya, operasi tersebut juga melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Jabatan Perhutanan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula pukul 5.30 petang, Khamis lalu masih aktif bagi mengesan mangsa yang belum ditemukan sehingga kini.

“Baju dan sarung golok itu dijumpai dalam tempoh sejam antara pukul 8.50 sehingga 9.50 pagi, Jumaat lalu di tingkat dua dan tiga air terjun di hutan lipur berkenaan.

“Dalam operasi hari ini, seramai 85 pegawai dan anggota termasuk orang kampung terlibat dengan pembahagian kepada tujuh pasukan,” katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

Tambah Ramlan Ros lagi, operasi mencari dan menyelamat berdepan kesukaran kerana arus deras air terjun di kawasan tersebut yang masih deras, selain cuaca tidak menentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.