Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 23 orang

Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 23 orang

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal dengan hanya 23 orang daripada enam keluarga setakat pukul 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memberitahu, kesemua 23 mangsa itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu sejak petang Khamis lalu.

Mereka terdiri daripada lapan lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Di Terengganu, hanya itu sahaja satu-satunya PPS yang masih beroperasi ketika ini.

“Pihak berkuasa bagaimanapun sedang berwaspada dengan kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua yang dijangka bermula esok di beberapa daerah di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia hari ini telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga (tahap buruk) di Terengganu.

Ia akan menyebabkan angin kencang 60 kilometer/sejam dengan ketinggian ombak hingga 4.5 meter.

Keadaan itu dijangka berlarutan hingga 22 Disember ini dan amat merbahaya kepada sebarang aktiviti di pesisir pantai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya