Jiwa penyayang Amitabh Bachchan

Jiwa penyayang Amitabh Bachchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pelakon legenda, Amitabh Bachchan sinonim dengan kecintaan terhadap kanak-kanak dan jiwa kebapaan yang penyayang.

Pelakon yang pernah membintangi filem Kabhi Kushi Kabhi Gham itu sering menyapa kanak-kanak di luar rumahnya di Jalsa atau meluangkan masa dengan cucunya, Aaaradhya.

Menerusi rancangan realiti, Kaun Banega Crorepati Junior, Amitabh berperanan sebagai juri dengan mengajukan soalan kepada kanak-kanak berusia antara lapan hingga 15 tahun yang mencuba nasib menyertai pertandingan tersebut.

Jiwa ikhlasnya jelas terpancar apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berkongsi kisah abangnya menderita penyakit autoimun.

Sony Entertainment Television selaku penyiar rasmi rancangan itu menyiarkan klip promo kanak-kanak bernama Vedanta Sharma yang menyatakan hasrat mahu membantu abangnya kembali sembuh.

Sudah tentu, perbelanjaan besar diperlukan bagi merawat penyakit yang dihidapi abangnya.Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit apabila sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Keadaan itu berlaku kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan.

Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu.

Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Kaun Banega Crorepati Junior adalah rancangan yang menguji pengetahuan asas peserta mengenai isu semasa.

Adakah Sharma mampu memenangi hati juri bagi membiayai kos perubatan abangnya dengan menjuarai pertandingan tersebut?

Jawapan itu bakal terjawab menerusi tayangan secara langsung pada 5 Disember ini.Rancangan itu akan ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 malam.

Terdahulu, Musim ke-14 yang disiarkan 7 Ogos lalu menobatkan Kavita Chawla sebagai juara dengan meraih wang tunai satu crore (RM500,000).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya