Jambatan kedua Pulau Pinang ditutup 9 jam mulai malam Sabtu ini - Utusan Malaysia

Jambatan kedua Pulau Pinang ditutup 9 jam mulai malam Sabtu ini

JAMBATAN Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di Batu Kawan, Pulau Pinang akan ditutup kepada umum selama sembilan jam iaitu antara pukul 9 malam Sabtu ini sehingga pukul 6 pagi Ahad ini.

BATU KAWAN: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di sini akan ditutup kepada umum selama sembilan jam iaitu antara pukul 9 malam Sabtu ini sehingga pukul 6 pagi keesokan harinya.

Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, penutupan sementara untuk kedua-dua arah itu dibuat bagi memberi laluan kepada acara berbasikal ‘PDRM 2nd Bridge Fun Ride Solidarity’.

Katanya, JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa sebaik sahaja acara berbasikal itu tamat.

“Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang di bawah kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) sebagai jalan alternatif dan mematuhi
semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan
maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN