Jakim tegur pendakwah elak kenyataan cetus kontroversi

Jakim tegur pendakwah elak kenyataan cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak khususnya golongan bergelar pendakwah menggunakan pendekatan sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, sebarang kenyataan bersifat kontroversi perlu dielakkan termasuk yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Pada masa sama, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa memantau kandungan berkaitan hal ehwal Islam di media sosial yang bersifat kontroversi dan menimbulkan kegusaran awam.

Pihaknya turut mengambil maklum berkaitan video tular memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

“Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan.

“Semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah Pihak Berkuasa Agama Islam di negeri-negeri,” katanya.

Katanya, sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Jelasnya lagi, adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak selain mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya menimbulkan beberapa kontoversi termasuk berkaitan hukum agama.

Malah, baru-baru ini pasangan itu dikatakan sedia memfailkan saman terhadap Ustaz Azhar Idrus selepas Ustaz Azhar Idrus mematahkan hujah pasangan itu berkenaan hukum membiarkan bayi disambut doktor lelaki.

Sebelum ini juga, Siti Afifah didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Malah, turut dilaporkan Siti Afifah juga tidak mempunyai tauliah yang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya