Isu guna nama VE: Adeep jawab esok

Isu guna nama VE: Adeep jawab esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Adeep Nahar memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan hari ini susulan ketua kumpulan yang juga anggota asal VE, Zaf menyarankan dia bergerak menggunakan nama baharu selepas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berakhir.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Adeep memaklumkan pihak mereka akan mengadakan sidang akhbar bagi menjawab segala persoalan yang melibatkan penggunaan nama tersebut.

Terdahulu, Zaf dalam kenyataannya berkata, dia berbuat demikian bukan untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya bagi mengelakkan kekeliruan pihak lain, selain menjaga silaturahim antara mereka.

Zaf menegaskan, VE yang ditubuhkan pada 1997 berdiri atas reputasi dan hasil kerja kumpulan yang dibina dengan susah payah dan cukup nama tersebut ‘digunakan’ selama 11 minggu.

Ketika ditubuhkan, VE atau Voices Of Euphonious dianggotai Zaf, Lah Ahmad dan Shahir.

Kumpulan itu seterusnya dilengkapi dengan penyertaan Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham).

Tahun lalu, selepas hampir 13 tahun menyepi, kumpulan yang popular dengan lagu Pop Yeh Yeh, Ayu dan Party Like This itu membuat keputusan untuk kembali mewarnai dunia seni.

Bagaimanapun, kepulangan semula VE ke pentas seni hanya menampilkan dua anggota asal iaitu Zaf dan Cham bersama dua anggota baharu, Adeep Nahar dan Luqman Hakim.

Perjuangan VE dalam GV9 pula digalas oleh Cham, Adeep, Hakim dan Fakhiz. Mereka mengakhiri perjuangan dalam program itu pada tempat kelima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya