IPCC kuat kuasa Jun depan - Utusan Malaysia

IPCC kuat kuasa Jun depan

SAIFUDDIN Nasution Ismail bercakap kepada media selepas mengadakan sesi lawatan kerja ke Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dikuatkuasakan bermula Jun tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengenai tarikh penguatkuasaan akta itu.

“Bersama Datuk Seri (Wan Ahmad Dahlan), kita telah bincang, ia akan berkuat kuasa pada Jun depan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada 26 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 yang bertujuan mempertingkat integriti, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu.

Rang undang-undang berkenaan telah melalui beberapa proses pindaan dan penambahbaikan setelah dibentang untuk bacaan kali pertama pada 26 Ogos 2020 dan ia kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN