Insiden ‘fun fair’ haram: MPKS diarah buat laporan polis

Insiden ‘fun fair’ haram: MPKS diarah buat laporan polis

NGA Kor Ming ketika dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan banjir JBPM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sudah diarahkan untuk segera membuat laporan polis berhubung isu penganjuran tapak pesta ria atau ‘fun fair’ haram.

Perkara tersebut disahkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang turut menegaskan pihaknya tidak pernah pun berkompromi dalam isu berkenaan.

“Saya difahamkan bahawa tapak itu memang tiada permit dan mengarahkan MPKS buat laporan polis untuk tindakan susulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan julung kalinya ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini hari ini.

Kes fun fair di Bandar Puncak Alam itu tular setelah tiga individu terjatuh dalam permainan ‘Sotong Ride’ kelmarin dengan mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat menerusi kenyataan awal memaklumkan bahawa pengusaha tapak itu berdegil selepas pihaknya menyita kawasan tersebut akhir bulan lalu.

Malahan kerajaan Selangor mengesahkan operator pesta ria itu beroperasi secara haram tanpa ada kebenaran pihak polis serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Mengulas lebih lanjut, Kor Ming yang berasa kesal dengan insiden itu menambah bahawa pihak kementerian menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak tegas.

Beliau mengesyorkan agar pengusahanya dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil PBT selaras Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kepada masyarakat bahawa pihak kementerian amat tegas dalam isu sedemikian demi memastikan tahap keselamatan para pengunjung.

Setakat ini, terdapat sebanyak 151 buah PBT di seluruh negara dengan 19 daripadanya itu bertaraf bandar raya, 40 lagi berstatus perbandaran dan baki 92 ialah majlis daerah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya