Identiti sembilan mangsa hilang belum boleh diumumkan - Polis

Identiti sembilan mangsa hilang belum boleh diumumkan – Polis

SUFFIAN Abdullah (tengah) bercakap pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari kelima di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan FoF, Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Polis masih meneliti sembilan lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF), Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang belum ditemui sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan sebarang maklumat berkenaan mangsa kepada umum buat masa ini.

“Memang kita menjurus kepada anggaran awal mangsa meninggal dan hilang itu, tetapi setakat ini sembilan itu kita sedang membuat semakan teliti.

“Kita perlu ingat ia melibatkan aspek siasatan jadi kita tidak mahu sebarang kesilapan kerana ia turut melibatkan aspek kesihatan.

“Mungkin sedikit masa lagi kita akan dedahkan mangsa-mangsa yang hilang namun setakat ini masih dalam siasata pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pagi ini.

Mengulas mengenai waris mangsa, Suffian berkata, semua ahli keluarga mangsa boleh tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi mendapatkan perkembangan pencarian waris mereka.

“Bagi waris atau keluarga yang ada kehilangan kita harapkan agar mereka terus ke mana-mana balai polis berdekatan supaya mereka boleh berhubung.

“Kita ada pasukan khas yang boleh membantu waris keluarga terlibat,” katanya.

Sementara itu, Suffian turut memaklumkan operasi SAR yang memasuki hari kelima hari ini diteruskan pada pukul 8 pagi melibatkan 115 pegawai dan anggota terlibat selepas ditamatkan jam 12 malam tadi.

Katanya, tiada sebarang perkembangan terkini berkenaan sembilan mangsa yang masih hilang meskipun malam tadi alat pengesan ‘Ground Penetrating Radar’ (GPR) mengesan bendasing di lima titik utama sekitar lokasi pencarian.

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi.

Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan lagi masih hilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.