Hamzah dilantik ketua pembangkang

Hamzah dilantik ketua pembangkang

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik sebagai ketua pembangkang bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semasa menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, keputusan melantik Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diputuskan secara sebulat suara menerusi Mesyuarat Jawatankuasa PN beberapa hari lalu.

“Satu jawatan kuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen PN telah dibentuk dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Pada masa yang sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) sebagai timbalan,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, pencalonan Hamzah untuk jawatan tersebut telah dihantar ke Dewan Rakyat.

Katanya, pada masa sama Jawatankuasa PN turut bersetuju melantik beliau sebagai ketua Whip PN. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya