Dua maut nahas kereta bertembung

Dua maut nahas kereta bertembung

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 19 Jalan Bidor-Teluk Intan, Perak, hari ini. - JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 19 Jalan Bidor-Teluk Intan, di sini, hari ini.

Nahas pada pukul 2.53 pagi itu mengorbankan pemandu Proton Iswara berusia 20 tahun dan pemandu Perodua Viva berusia 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku ketika kereta Proton Iswara itu dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Bidor manakala kereta Perodua Viva pula dari arah bertentangan. 

Katanya, semasa tiba di tempat kejadian, kereta Perodua Viva tersebut dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

“Pelanggaran itu mengakibatkan pemandu Perodua Viva maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Teluk Intan. 

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan dan kenderaan terlibat akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, saksi bebas sedang dikesan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya