Dua lelaki ditahan kurang 24 jam selepas samun kedai runcit - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan kurang 24 jam selepas samun kedai runcit

AHMAD ADNAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Dua lelaki berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas disyaki terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Sungai Sumun di sini kelmarin.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu diberkas semalam sekitar pukul 1 pagi di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, tangkapan itu dijalankan susulan laporan polis dibuat wanita berusia 28 tahun yang merupakan pekerja kedai tersebut.

Katanya, kejadian samun bersenjatakan parang itu dikatakan berlaku pada pukul 4.54 petang.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada suspek cuba menyamun wang tunai di dalam kedai berkenaan namun gagal sebaliknya hanya berjaya melarikan telefon bimbit milik pengadu.

“Suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang rakannya yang sedang menunggu di luar kedai,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan segera diambil di mana suspek berjaya diberkas dalam masa singkat iaitu kurang 24 jam daripada waktu kejadian itu berlaku.

Katanya, hasil siasatan, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah mengaku terlibat dalam kejadian itu.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek direman selama lima hari bermula semalam hingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan bersenjata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya