Cincin dijari warga emas tersangkut, jari membengkak

Cincin dijari warga emas tersangkut, jari membengkak

DUA anggota bomba sedang menanggalkan cincin emas Munah Tawang yang tersangkut di jari tengah tangan kirinya di Klinik Kesihatan Chegar Perah di Lipis, Pahang. - FOTO/IHSAN BALAI BOMBA KUALA LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang warga emas, Munah Tawang, 87, berdepan pengalaman perit dan sukar dilupakan apabila cincin emas dipakainya tersangkut dan sukar ditanggalkan daripada jari tengah tangan kirinya yang juga dilaporkan mula membengkak.

Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, berikutan kejadian itu, warga emas tersebut dibawa oleh seorang ahli keluarganya ke Klinik Kesihatan Chegar Perah di sini, petang semalam.

“Balai bomba di sini menerima panggilan pada pukul 4.03 petang daripada petugas klinik berkenaan berikutan cincin emas ini sukar ditanggalkan lagipun untuk mengelakkan kecederaan di jari wanita berkenaan.

“Tiga orang anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di Klinik Kesihatan Chegar Perah pada pukul 4.57 petang dan berjaya menanggalkan cincin emas ini dengan mengambil masa selama hampir 15 minit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Haslizan, anggota bomba menggunakan alat pemotong khas untuk mengeluarkan cincin itu dan mangsa tidak mengalami kecederaan cuma sedikit kesan bengkak di jari.

“Kerja menanggalkan cincin emas ini dengan peralatan khas dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan jari tangan mangsa,” katanya.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati memakai alat aksesori di jari atau gelang di pergelangan tangan kemungkinan sukar ditanggalkan sekiranya pemakaian dalam tempoh yang panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya