Biar polis siasat Muhammad Sanusi - Saifuddin - Utusan Malaysia

Biar polis siasat Muhammad Sanusi – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail mengimbas kad perakam waktu ketika hadir untuk memulakan tugas secara rasmi di KDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu kekecewaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap pengundi Perikatan Nasional (PN) yang didakwa meminta duit kerana pulang mengundi diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau percaya sekiranya ada asas yang kukuh untuk PDRM membuat siasatan maka biarlah pasukan keselamatan itu melakukan kerja mereka.

“Saya percaya dengan tahap profesionalisme pasukan polis dan saya berikan sepenuh ruang dan kebebasan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan pasukannya, itu sudah memadai.

“Ruang kebebasan sepenuhnya diberikan dan jika laporan yang dibuat mempunyai merit, PDRM akan siasat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pertama menteri di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil yang mahu PDRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah berhubung kenyataan yang dipercayai ada kaitan dengan politik wang.

Ahad lalu, Fahmi berkata, kenyataan Muhammad Sanusi dalam ceramahnya di Parlimen Padang Serai, seolah-olah memberi bayangan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diberi ganjaran atas undi mereka.

Ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perikatan Nasional (PN) Padang Serai, malam kelmarin, Muhammad Sanusi dilaporkan kecewa dengan sikap segelintir penyokong parti PN yang menuntut balasan kerana pulang mengundi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu berkata, perbuatan itu amat memalukan kerana penyokong parti lawan khususnya Pakatan Harapan (PH) tidak pernah meminta duit walaupun pulang dari luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya