Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, apa situasi Ronald Kiandee?

Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, apa situasi Ronald Kiandee?

 RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah meninggalkan Bersatu mencetuskan tanda tanya sama ada ia memberi kesan kepada Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee. 

Ini kerana hanya bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pemimpin Bersatu Sabah yang lain pula bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengelakkan pertembungan dengan pakatan pilihan raya mereka iaitu Barisan Nasional (BN) Sabah. 

Bagaimanapun, Ronald yang juga Naib Pengerusi Bersatu belum menyatakan pendiriannya mengenai keputusan Bersatu Sabah itu.

Terdahulu, media melaporkan, Bersatu Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya keluar parti berkuat kuasa hari ini. 

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua wakil rakyat mengambil keputusan keluar dan meninggalkan Bersatu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya