Bekas DJ program Ellen DeGeneres meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas DJ program Ellen DeGeneres meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bekas peserta So You Think You Can Dance yang juga DJ program Ellen DeGeneres Show, Stephen tWitch Boss menghembuskan nafas terakhir pada usia 40 tahun.

Berita duka itu dikongsikan isteri mendiang, Allison Holker dalam kenyataan kepada majalah People.

“Dukacita dimaklumkan suami saya, Stephen sudah meninggalkan kita semua.

“Stephen membawa keceriaan kepada semua. Mendiang amat mengutamakan keluarga, sahabat dan komuniti sekitarnya.

“Dia juga tulang belakang keluarga, bapa yang baik dan inspirasi kepada peminatnya,” ujar Holker.

Stephen menyertai The Ellen Show pada 2014 sebelum dilantik sebagai penerbit eksekutif program itu pada 2020.

Mendiang juga pernah muncul menerusi filem Step Up: All In, Magic Mike XXL dan The Hip Hop Nutcracker.

Kehilangan mendiang turut dirasakan rakan artis antaranya pelakon, Kerry Washington.

“Stephen menghadirkan keceriaan dan kasih sayang kepada semua menerusi muzik dan tariannya.

“Takziah buat keluarga dan mereka yang mengenali dan menyayangi mendiang,” tulisnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.