Bekalan air 472 kawasan dijangka pulih lusa - Utusan Malaysia

Bekalan air 472 kawasan dijangka pulih lusa

SEBANYAK 156 kawasan di Sepang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air berikutan kejadian paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Petaling, Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat serta Putrajaya perlu menghadapi ketiadaan bekalan air sehingga Selasa ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna kira-kira pukul 2 petang tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada Selasa, pukul 6 pagi.

“Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masing-masing kembali beroperasi pukul 8.30 pagi dan 2.30 petang tadi. Gangguan bekalan di lima wilayah  dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi Selasa ini,” kata kenyataan itu.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Terdahulu, siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati insiden berpunca tumpahan cecair daripada lori yang membawa muatan pati minyak wangi terbabit kemalangan di Kilometer 44.1 Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia iaitu sekitar enam kilometer dari sempadan Selangor.

Jarak lokasi kemalangan ini ke LRA Sungai Semenyih adalah sekitar 6.4 kilometer dan ke LRA Bukit Tampoi sekitar 18 kilometer.

Oleh demikian, pencemaran bau dikesan berlaku di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir dan memaksa henti tugas di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Insiden berkenaan menyebabkan lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Selangor dan Putrajaya terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Lokasi terjejas bekalan air melibatkan 196 kawasan di daerah Sepang, Petaling (172) dan Hulu Langat (54). Manakala, daerah Putrajaya dan Kuala Langat pula masing-masing melibatkan 23 serta 27 kawasan terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dilaporkan memohon maaf berikutan gangguan bekalan air menjejaskan sambutan Hari Krismas oleh penganut agama Kristian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya