Bayt al-Rahmah lindung 219 remaja hamil luar nikah - Utusan Malaysia

Bayt al-Rahmah lindung 219 remaja hamil luar nikah

SEPARUH daripada 15 kes hamil luar nikah yang direkodkan di pusat perlindungan Bayt al-Rahmah adalah dalam kalangan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 219 remaja hamil luar nikah datang­ mendapatkan bantuan dan kaunseling di Bayt al-Rahmah, sebuah rumah perlindungan di Ampang sejak 2011.

Pengurus rumah berkenaan, Siti Nur Sakinah Ahmad Budiman berkata, kebiasaannya mereka dihantar oleh keluarga ketika kandungan berusia kira-kira enam bulan dan berlindung di situ sehingga mereka bersalin.

Ketika ini katanya, separuh daripada 15 kes hamil luar nikah yang direkodkan di pusat perlindungan itu adalah dalam kalangan lepasan institusi pe­ngajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

“Rata-rata mereka merupakan pemegang diploma dan ijazah sarjana muda berusia di bawah 26 tahun yang terjerat dengan cinta teman lelaki dan terdapat juga remaja seawal usia 16 tahun.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kes hamil luar nikah meningkat mendadak hingga ada beberapa permohonan yang terpaksa ditolak.

“Paling merisaukan, purata pelatih hamil yang bermasalah kesihatan mental turut meningkat daripada satu kes kepada empat kes dalam satu-satu masa,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Siti Nur Sakinah berkata, pelatih yang bermasalah psikiatri lazimnya berdepan ketidakstabilan emosi, halusinasi dan berisiko mencederakan diri.

Bagaimanapun katanya, emosi rata-rata pelatih bertambah stabil menerusi pengisian dan bimbingan agama yang disediakan setiap hari.

“Lebih 95 peratus kes hamil yang direkodkan adalah kerana suka sama suka manakala ba­kinya, merupakan kes sosial di samping sumbang mahram.

“Selain hamil luar nikah, ada juga yang datang kerana masalah ketagihan seks dan memerlukan khidmat kaunseling kerana mahu bertaubat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya