Banjir: 40 mangsa dipindahkan di dua PPS di Hulu Terengganu - Utusan Malaysia

Banjir: 40 mangsa dipindahkan di dua PPS di Hulu Terengganu

SEORANG penduduk, Rasyikin Hassan duduk di tangga sambil melihat pekarangan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Dua pusat pemindahan sementara (PPS) terpaksa dibuka di daerah Hulu Terengganu dekat sini petang ini selepas semua PPS di negeri ini ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi.

PPS tersebut dibuka selepas beberapa kampung di daerah itu mula dilanda banjir setelah hujan lebat dalam tempoh beberapa jam petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memberitahu, seramai 40 mangsa daripada tujuh keluarga kini berada di dua PPS tersebut.

“Daripada jumlah itu, 26 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Tapah manakala 14 mangsa daripada empat keluarga pula dipindahkan ke Balai Raya Kampung Kemat.

“Ketika ini, hujan lebat masih berlaku di Hulu Terengganu serta beberapa daerah yang lain,” menurut kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Banjir gelombang pertama yang bermula sejak Jumaat lalu telah menyebabkan 803 mangsa daripada 205 keluarga dipindahkan ke 19 PPS di tujuh daerah di Terengganu.

Bagaimanapun, semua PPS telah ditutup secara rasmi pada 12 tengah hari tadi selepas banjir surut di Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya