Bajet 2023: Persatuan belia perlu dana tambahan

Bajet 2023: Persatuan belia perlu dana tambahan

MOHD. ALI Mohd. Rustam (tengah) bergambar dengan peserta yang menghadiri forum anjuran WYF di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meningkatkan pemberian dana kepada persatuan belia di seluruh negara dalam pembentangan Bajet 2023.

Pengerusi Yayasan Belia Malaysia (YBM), Datuk Dr. Suhaimi Ibrahim berkata, peningkatan dana amat penting bagi membolehkan pelbagai program dan aktiviti dapat digerakkan dengan berskala besar.

Menurutnya, banyak persatuan belia tidak dapat digerakkan akibat kekurangan dana dalam merealisasikan misi sebagai pencetus aktiviti belia.

“Masih banyak persatuan belia tidak dapat bergerak atas kapasiti sendiri kerana tidak mempunyai sumber pendapatan tetap untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti di peringkat cawangan, daerah, negeri dan kebangsaan.

“Dana daripada kerajaan amat diperlukan jika ingin melihat persatuan belia di seluruh negara dapat digerakkan khususnya dalam membangunkan sektor belia secara agresif, sekali gus menampakkan kehebatan belia Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Perdana Menteri datang daripada pimpinan belia sebelum ini kerana pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Saya yakin dengan kepemimpinan Anwar, beliau mampu memperkasakan semula persatuan belia kerana beliau lebih arif dan memahami apa juga masalah yang dihadapi oleh persatuan sejak dulu,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel forum anjuran Yayasan Belia Dunia (WYF) di Pejabat WYF di sini hari ini.

Forum berkenaan dihadiri 117 peserta daripada 25 persatuan belia dari Melaka dan Negeri Sembilan. Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya