Arjunaidi bersara, Sasikala pangku Ketua Polis Selangor - Utusan Malaysia

Arjunaidi bersara, Sasikala pangku Ketua Polis Selangor

Arjunaidi bersara
S. Sasikala Devi menerima dokumen serah terima tugas daripada Arjunaidi Mohamed sambil disaksikan Hazani Ghazali dekat IPK Selangor di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dilantik pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara wajib mulai 2 Januari depan.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Pada majlis tersebut, Arjunaidi dalam ucapanya menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan peluang menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Polis Selangor. 

“Saya berharap semua pegawai dan anggota polis berkhidmat penuh ikhlas dan dedikasi agar matlamat digariskan pucuk pimpinan PDRM dapat dicapai. 

“Kita juga perlu lebih matang dalam cara bekerja, berfikir dan menyelia. Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan semua kontinjen Selangor yang memberikan sokongan padu kepada saya dan isteri,” katanya.

Arjunaidi sebelum bersara menyumbang selama 35 tahun dalam PDRM serta pernah bertugas di tujuh Kontinjen Polis iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Bukit Aman dan Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya