PUTRAJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan dengan serius Lembaga Ruminan Negara yang pernah dicadangkan sejak lapan tahun lalu bagi membantu memulihkan industri ternakan negara. Ini termasuk Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (2021-2025) yang mempunyai inisiatif khusus membangunkan industri berkenaan, namun sektor pedaging dilihat masih jauh ketinggalan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang bertanggungjawab dalam reformasi industri berkenaan…










