Anwar umum Kabinet petang ini dan kronologi pembentukan

Anwar umum Kabinet petang ini dan kronologi pembentukan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persoalan siapa tersenarai dalam barisan Kabinet kerajaan perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab hari ini apabila Perdana Menteri mengesahkan  membuat pengumuman mengenainya petang ini.

Anwar mengesahkan perkara itu ketika berucap di majlis jamuan Kenduri Rakyat di Tambun, Perak, selepas senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Berikut adalah kronologi pengumuman pembentukan Kabinet: 

20 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi yang menyaksikan tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri.

20 Nov: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya, kini mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak.

21 Nov: Perikatan Nasional (PN) memaklumkan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa  memperoleh sokongan 112 ahli Parlimen. 

22 Nov: Yang di-Pertuan Agong menitahkan ketua parti-parti politik dan gabungan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak maklumkan kepada Istana Negara bagi pembentukan kerajaan baharu.

22 Nov: Seri Paduka mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas kedua-duanya gagal menerima sokongan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

22 Nov: Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan PH membentuk kerajaan perpaduan. Namun, Muhyiddin memaklumkan kepada Baginda yang pihaknya tidak mahu bekerjasama dengan PH.

23 Nov: Seri Paduka menitahkan supaya 30 Ahli Parlimen BN menghadap namun mesyuarat Dewan Tertinggi BN memutuskan memohon penangguhan kedua daripada Istana Negara untuk sesi menghadap semua Ahli Parlimen berkenaan.

24 Nov:  Perbincangan khas Raja-Raja Melayu sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu. 

24 Nov: UMNO memutuskan untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan dipimpin PN sebagai menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

24 Nov: Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas keputusan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

24 Nov : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

25 Nov: Anwar Ibrahim melangkah masuk ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya  memulakan tugas rasmi pertama sebagai Perdana Menteri.

25 Nov : Anwar menegaskan saiz Kabinet di bawah pentadbirannya akan dikecilkan dan mahu  merujuk kepada parti masing-masing yang mengusulkan nama-nama cadangan anggota Kabinet.

27 Nov: Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

28 Nov: Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memuktamadkan pembentukan Kabinet dengan kadar segera selepas mendengar pandangan semua pihak termasuk parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

29 Nov: Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan sulung dengan penjawat awam dan menyatakan proses lantikan anggota Kabinet masih dalam tempoh ‘bergelora’.

1 Dis: Spekulasi pengumuman pembentukan barisan Kabinet hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

1 Dis: Pengumuman pembentukan Kabinet disahkan diumumkan esok (2 Disember) pada pukul 5 petang.

2 Dis: Anwar Ibrahim mengesahkan buat pengumuman senarai Kabinet petang ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya