Anwar tiba di Parlimen 9.55 pagi

Anwar tiba di Parlimen 9.55 pagi

ANWAR Ibrahim hadir ke Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15, di Bangunan Parlimen hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Parlimen lima minit sebelum persidangan bermula jam 10 pagi sambil diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta setiausaha politik yang baharu dilantik, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin dan Chan Ming Kai.

Sebelum itu, dilihat ahli Parlimen mula hadir dan masuk terus ke Dewan Rakyat bagi menyempurnakan agenda utama hari ini iaitu pemilihan Speaker dan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Ia kemudian disusuli usul berbentuk prosedur supaya Ketua Polis Negara memastikan ahli Parlimen tidak berdepan apa-apa halangan keluar masuk Parlimen, selain pembentangan rang undang-undang kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN