Anwar pengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan 

Anwar pengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan 

ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - GAMBAR PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Kabinet pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersidang dengan kehadiran penuh di Bangunan Perdana Putra pagi ini.

Mesyuarat yang bermula tepat pukul 10 pagi tadi itu mula bersidang sebaik kesemua 28 menteri yang mengangkat sumpah Sabtu lalu tiba di bangunan pejabat Perdana Menteri dengan kenderaan rasmi masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat yang pertama memasuki bangunan Perdana Putra pada pukul 8.02 pagi disusuli Anwar kira-kira lima minit kemudian.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, mesyuarat itu akan membincangkan mengenai beberapa peraturan baharu yang perlu diikuti barisan jemaah menteri di bawah pimpinannya.

Terdahulu, dua Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Jemaah Menteri hadir ke kementerian masing-masing bagi mengimbas kad perakam waktu  sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.