Annuar tolak naik pentas Pas, hormati 'edah' - Utusan Malaysia

Annuar tolak naik pentas Pas, hormati ‘edah’

ANNUAR Musa ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Padang Kala, Ketereh, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan beliau menolak pelawaan untuk berceramah di atas pentas Pas sempena majlis kesyukuran kemenangan parti itu di Parlimen Tumpat malam ini.

Annuar berkata, pelawaan itu ditolak sebagai menghormati tempoh edah selepas tiga hari diceraikan oleh UMNO.

“Pas ada ajak saya untuk hadir ke kenduri kesyukuran mereka dan jika hadir saya turut dijemput untuk menyampaikan ceramah di Tumpat pada malam ini.

“Tetapi saya tidak terima pelawaan itu sebab baru bercerai tiga hari dengan UMNO. Kena lepas edah dahulu. Jangan cepat sangat kerana saya bukan orang begitu,” katanya secara berseloroh dalam ucapannya pada Majlis Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Padang Kala di sini hari ini.

Semalam, Annuar dipecat daripada parti.

Selain beliau, Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim turut berdepan tindakan sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya