393 pencawang TNB terlibat banjir dibekalkan semula elektrik - Utusan Malaysia

393 pencawang TNB terlibat banjir dibekalkan semula elektrik

SEORANG kakitangan TNB memeriksa sebuah pencawang elektrik yang ditenggelami banjir di Terengganu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Semua 393 pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini yang terlibat dengan banjir diberi bekalan elektrik semula melalui talian grid TNB atau set generator bergerak pada hari ini.

Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu,Mohamad Mohyddin Mohd. Noor berkata, langkah tersebut diambil untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa ada di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di negeri ini.

Menurutnya, pemantauan juga diteruskan di lebih 60 PPS yang masih dibuka ketika ini.

“TNB mahu menjamin keselesaan kepada mangsa banjir yang masih berada di PPS di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 8,540 orang daripada 2,437 keluarga di 63 PPS di tujuh daerah.

Menurut beliau, TNB juga mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua petugas yang berkhidmat tanpa syarat dan memberi sepenuh komitmen dalam memastikan pemulihan bekalan yang dibuat secara berkala.

“TNB juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah untuk pasca banjir,” ujarnya.

Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung bekalan elektrik, orang ramai boleh hubungi TNB Careline di talian 15454. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.