35 lokasi di George Town alami gangguan bekalan air

35 lokasi di George Town alami gangguan bekalan air

SEBANYAK 35 kawasan di bahagian pulau Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air susulan masalah teknikal dalam pengendalian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Sebanyak 35 kawasan di bahagian pulau di sini mengalami gangguan bekalan air susulan masalah teknikal dalam pengendalian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di sini pagi tadi.

Antara lokasi yang terjejas adalah di Gelugor, Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Uban, Jalan Sungai Dua, Jalan Kampung Jawa, Kawasan Perindustrian FTZ/ FIZ, Jalan Tengah, Taman Pekaka, Jalan Aziz Ibrahim, Bukit Jambul dan Bayan Baru.

Turut berdepan masalah sama termasuk di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pulau Jerejak, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Persiaran Mayang Pasir, Taman Bukit Dumbar, Batu Maung, Teluk Kumbar, Bukit Gedung, Balik Pulau dan Jalan Tun Dr. Awang.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, peningkatan tahap kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang ekoran insiden banjir di Baling, Kedah turut memberi kesan kepada kerja-kerja pembaikan yang bermula malam tadi.

“Justeru, PBAPP telah memutuskan untuk menangguhkan kerja-kerja penggantian injap di Sungai Dua dan menyambung semula bekalan air.

“Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat mulai pukul 12 tengah hari 3 Disember 2022 (hari ini),” katanya.

Ketika ini, rata-rata pengguna terutama isi rumah dan peniaga di George Town mengeluh dengan situasi berlaku dipercayai berikutan notis lewat yang dimuat naik menerusi Facebook PBAPP Penang dua jam lalu (7 pagi tadi).

Terdahulu, sebanyak 197,851 akaun air meliputi tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan akan terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam bermula pukul 10 malam semalam sehingga esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya