32 mesin simulator perjudian dilupuskan - Utusan Malaysia

32 mesin simulator perjudian dilupuskan

V. SARAVANAN memerhati kerja-kerja pelupusan 32 buah mesin simulator perjudian bernilai lebih RM10,000 yang disiasat pada tahun 2017 dan 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini. - PIX: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Daerah Timur Laut melupuskan 32 buah mesin simulator perjudian bernilai lebih RM10,000 yang disiasat pada tahun 2017 dan 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata, kesemua mesin yang dilupuskan itu melibatkan dua kes perjudian yang disiasat pada tahun 2017 dan 2018 di bawah seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan 1998.

”Terdapat banyak lagi mesin simulator perjudian yang akan dilupuskan selepas ini.

”Pada hari ini pelupusan barang kes adalah melibatkan barang kes perjudian yang telah dijatuhi hukuman oleh pihak mahkamah. Kesemua barang kes dilupuskan di bawah seksyen 16A Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Timur Laut, di sini hari ini.

Menurutnya, program pelupusan barang kes hari ini turut disaksikan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Sebelum ini proses pelupusan barang kes telah diadakan pada 21 Mac lalu bersama-sama dengan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang.

”Sebanyak 50 barang kes am dan perjudian dari IPD Timur Laut telah dilupuskan di Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan No. 3, Ayer Itam,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, dalam tempoh sepanjang tahun 2022, pihak IPD Timur Laut telah membuat serbuan melibatkan kes perjudian sebanyak 416 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya