31 premis PDRM terjejas akibat banjir

31 premis PDRM terjejas akibat banjir

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 31 premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan.

Kesemua yang terjejas merangkumi 13 unit kuarters,  pos kawalan Pasukan Gerakan Am (lapan), balai polis (tujuh) dan pondok polis (tiga).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, empat balai yang terjejas adalah di Kelantan membabitkan Balai Polis Kuala Jambu, Simpangan, Rantau Panjang dan Bakon.

“Manakala pondok polis terlibat ialah Pondok Polis Salor serta Pondok Polis Kubang, dan antara lapan pos PGA yang terjejas adalah Terusan dan Salleh Kerek.

“Di Terengganu, tiga balai terjejas iaitu di Kuala Jengai, Manik dan Balai Polis Trafik Jenteh serta Pondok Polis Tenang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebanyak 13 unit kuarters yang terjejas iaitu di Berek Polis Kuala Jengai dengan lima unit, Berek Pondok Tenang (dua) dan Berek Polis Manir dengan enam unit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN