300 kawasan titik panas bencana banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

300 kawasan titik panas bencana banjir di Terengganu

MD. Hilman Abd. Rashid (kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak mangsa banjir di PPS Kampung Kemat, Hulu Terengganu, Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 300 kawasan di seluruh Terengganu disenaraikan sebagai titik panas atau ‘hotspot’ berlakunya bencana banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md. Hilman Abd Rashid berkata, kawasan itu membabitkan lapan daerah itu Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 37 lokasi terutamanya melibatkan kawasan rendah dan berhampiran muara sungai turut dikenal pasti berisiko berlakunya limpahan air sekiranya fenomena air pasang besar serta hujan lebat.

“Kita mempunyai 833 pegawai dan anggota seluruh negeri. Kekuatan ini bersama aset serta logistik untuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa sudah memadai bagi situasi banjir sekarang di Terengganu.

“Semua kekuatan telah siap siaga bagi hadapi sebarang kemungkinan. Rondaan rutin juga dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya ketika meninjau keadaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Kemat, di sini malam tadi.

Sehingga pukul 10 pagi ini, sebuah PPS dibuka di daerah ini di Balai Raya Kampung Kemat di sini yang menempatkan 37 mangsa daripada 11 keluarga terjejas banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan sebanyak tiga kes lemas sudah direkodkan di Terengganu sepanjang musim MTL bermula November lalu.

Katanya lagi, orang ramai diharapkan sentiasa ambil cakna tentang keselamatan ahli keluarga masing-masing dan diingatkan tidak menjadikan banjir sebagai satu pesta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya