30 penumpang selamat bas ekspres terbalik

31 penumpang selamat bas ekspres terbalik

KEADAAN bas ekspres yang terbalik berhampiran Plaza Tol PLUS Rawang menghala arah selatan, pagi ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 30 penumpang berdepan detik cemas selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas hingga terbalik di Plaza Tol Rawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), awal pagi ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.06 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang  ke lokasi kejadian. 

“Ketika tiba, pasukan penyelamat mendapati sebuah bas membawa 30 penumpang terbabas dan terbalik di tepi lebuh raya.

“Mangsa melibatkan 16 lelaki, 12 wanita dan dua kanak-kanak. Kesemua mereka terselamat manakala dua dilaporkan cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya