2,763 mangsa banjir masih berlindung di PPS

2,763 mangsa banjir masih berlindung di PPS

ARMIZAN Mohd. Ali melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 2,763 mangsa banjir daripada 834 keluarga masih berlindung di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima buah negeri setakat pukul 8 pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia membabitkan 14 daerah di Perak, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya, beliau hari ini berkesempatan melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh, Pahang, yang mula beroperasi pada 8 Disember lalu.

“PPS ini memberi perlindungan kepada 339 mangsa daripada 103 Ketua Isi Rumah (KIR) dan kebanyakannya penduduk Kampung Batu Kapor.

“Saya difahamkan daerah Temerloh mempunyai paling banyak kawasan berisiko banjir iaitu sebanyak 124 kawasan daripada 554 kawasan berisiko di negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sejak bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) pada awal November lalu, semua negeri yang terkesan dapat menguruskan keadaan dengan baik.

Armizan berkata, beliau berharap momentum ini akan berterusan memandangkan kita baru sahaja melalui Luruan Monsun yang pertama.

Katanya, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dijangkakan berlaku 4 hingga 6 episod Luruan Monsun sepanjang MTL ini.

“Selaku agensi pengurusan bencana pusat, NADMA menyelaras arahan agar semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu memastikan kesiapsiagaan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tditetapkan.

“Ini termasuk pengurusan jentera petugas, aset dan logistik. Bagi peringkat daerah pula, data terperinci seperti senarai nama penduduk akan diperincikan bagi mlancarkan proses pemindahan mangsa-mangsa apabila berlakunya banjir.

“Penduduk yang berada di lokasi terjejas banjir dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan tidak bertangguh untuk berpindah ke PPS sekiranya menerima arahan daripada pihak berwajib,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.