27 timbalan menteri selesai angkat sumpah jawatan

27 timbalan menteri selesai angkat sumpah jawatan

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama sebahagian daripada timbalan tenteri pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. Turut kelihatan,  Datuk Seri Anwar Ibrahim. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 27 timbalan menteri selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Mendahului senarai itu ialah dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Istiadat diteruskan dengan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Turut mengangkat sumpah, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah;  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mohammad Yusof Apdal dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Di samping itu Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu;  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh; Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii;  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K. Saraswathy; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan; 

Mereka yang lain ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching; Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying; Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustafa @ Mohd. Yunus Sakmud; Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Terdahulu, Saraswathy dan Fuziah mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, pagi ini.

Saf pentadbiran Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdiri daripada dua timbalan perdana menteri, 28 menteri dan 27 timbalan menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya