24 mayat selesai dituntut waris mangsa tanah runtuh

24 mayat selesai dituntut waris mangsa tanah runtuh

MAYAT mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor dibawa keluar dari jabatan forensik bagi urusan pengebumian, di Hospital Sungai Buloh, Selangor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesemua 24 mayat telah selesai dituntut oleh waris mangsa tanah runtuh Batang Kali-Genting Highland di Hospital Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Tiga mangsa terakhir telah menjalani proses pengecaman identiti di jabatan forensik dan dibawa keluar oleh van jenazah dari Xiao En Memorial untuk proses persemadian dan pengebumian pukul 9 malam tadi.

Seramai 14 mayat telah dituntut semalam, manakala 10 lagi dituntut hari ini.

Bagaimanapun, pihak hospital masih belum menerima mayat baharu sepanjang hari ini.

Sembilan lagi mangsa masih belum dapat ditemui di tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN