16 individu diambil keterangan dakwaan murid dikasari di kem motivasi - Utusan Malaysia

16 individu diambil keterangan dakwaan murid dikasari di kem motivasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 16 individu dirakam keterangan berhubung dakwaan pelajar sekolah dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, dekat sini pada November lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, kesemua individu berkenaan terdiri daripada 10 murid, tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan kem berkenaan serta tiga wakil pihak sekolah berkenaan.

“Kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa lalu untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Pada 9 Disember lalu, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 60 murid Tahun Lima yang menghadiri kem dua hari dikendalikan sebuah NGO pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi itu.

Peserta kem itu turut mendakwa fasilitator berkenaan melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.

Anbalagan dipetik berkata, pihaknya menerima empat laporan daripada ibu bapa murid berkenaan berhubung kes itu pada 5 Disember lalu.

Katanya, murid berkenaan mendakwa dikenakan tindakan fizikal seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.