YBR sumbang 850 set buku Nuri kepada Kemas Selangor

YBR sumbang 850 set buku Nuri kepada Kemas Selangor

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (dua, dari kanan) menyampaikan set buku kanak-kanak bertajuk Nuri kepada Mohd. Ali Hanafiah Abu Hassan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbangkan sebanyak 850 set buku kanak-kanak kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor sebagai sumber bacaan.

Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, inisiatif itu bertujuan memupuk semangat membaca dalam kalangan golongan sasar sekali gus memperkasakan lagi bidang pendidikan negara,

Katanya, YBR memahami kesulitan yang dihadapi dan akan terus berusaha untuk mengenal pasti lebih ramai lagi golongan yang memerlukan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

“Ini adalah antara usaha YBR dalam menyumbang kepada masyarakat dan diharap buku-buku itu nanti bukan hanya bermanfaat kepada kanak-kanak di JKM, malah, dijadikan bahan pengajaran oleh para guru.

“Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada kategori asnaf fisabilillah iaitu berjihad dengan tangan, tenaga, harta dan lisan apabila YBR memfokuskan melalui bantuan pendidikan serta pembelajaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bahan bacaan itu kepada Pengarah Kemas Selangor, Mohd. Ali Hanafiah Abu Hassan.

Yang turut hadir ialah Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd. Mukhti Abd. Rahman.

Setakat ini, YBR membelanjakan sebanyak RM900,000 bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik selaras untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat dan bantuan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, penghasilan buku bertajuk Nuri itu cukup istimewa kerana merupakan kesinambungan daripada siri animasi Nuri yang dibangunkan oleh pelajar Diploma Kemahiran di bawah tajaan YBR.

Katanya, buku yang berkisarkan kisah persahabatan Siti dengan burung peliharaannya, Nuri itu turut memiliki banyak nilai-nilai murni termasuk di samping diselitkan dengan elemen pembelajaran seperti sains, alam semula jadi dan budaya menabung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.