YATIMIN ABDULLAH

Parlimen Tumpat kekal atau tukar?

CHE Abdullah Mat Nawi (dua kanan) bertanding atas tiket BN pada PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: KEKAL atau tukar. 

Itulah situasi terkini politik kawasan Parlimen Tumpat apabila penyandang kerusi berkenaan sebelum ini dari Pas Datuk Che Abdullah Mat Nawi memutuskan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) selepas tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Che Abdullah sebelum ini menegaskan beliau bertanding menggunakan tiket BN pada PRU15 bertujuan menebus semula maruahnya selepas difitnah dengan teruk semasa pemilihan Pas.

Keputusan itu menjadikan Parlimen Tumpat menjadi kerusi ‘panas’ sekali gus menjadi tumpuan orang ramai untuk mengetahui sama parti atau ‘batang tubuh’ menjadi pilihan pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pada Pada PRU15, esok Che Abdullah bakal ditentang calon Pas, Datuk Mumtaz Md. Nawi; Che Muhammad Aseri Che Ali (GTA), Wan Johari Wan Omar (PH) dan Khairul Azuan Kamarrudin (Warisan). Namun uniknya di negeri ini pertembungan dalam PRU atau Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih tertumpu kepada Pas dan BN sahaja.

Kreadibiliti yang dimilik oleh Mumtaz tidak boleh diambil mudah kerana beliau mendapat sokongan padu dari jentera Pas di Tumpat termasuklah Pesuruhjaya negeri Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Pas negeri Wan Roslan Wan Hamat yang membantu dalam gerak kerja berkempen.

Menang dengan majoriti 17,500 undi pada PRU14 atas tiket Pas, Che Abdullah dilihat tidak boleh berada dalam kedudukan selesa untuk PRU15 kali ini.

Che Abdullah mendapat undi sebanyak 47,041 manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN) memperoleh 29,541 undi dan Datuk Nordin Salleh (PKR) hitang deposit selepas meraih 10,003 undi.

Hal ini kerana penyokong Pas dilihat tidak mudah beralih rasa untuk memberi undi kepada Che Abdullah walaupun telah menggalas tanggungjawab cemerlang semasa menjadi wakil rakyat Tumpat.

Namun kelebihan sedikit berpihak kepada Che Abdullah kerana beliau cukup aktif membantu masyarakat di Tumpat sepanjang menjadi Ahli Parlimen pada PRU14 lalu dan berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar negeri selama dua penggal.

Pada masa yang sama, Che Abdullah pastinya mengharapkan undi ‘simpati’ daripada penyokong Pas sebagai tanda ‘balas budi’ atas perkhidmatan yang diberikan sebelum ini.

Namun, semua itu terpulang kepada pengundi di Tumpat untuk membuat keputusan sama ada memilih parti atau batang tubuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya