Wanita Vietnam direman bantu siasatan kes bunuh penjual buah - Utusan Malaysia

Wanita Vietnam direman bantu siasatan kes bunuh penjual buah

SEORANG warga Vietnam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di sebuah rumah pangsapuri di Taman Bukit Delima, Seremban malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita warga Vietnam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang penjual buah di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Delima di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, wanita berusia 33 tahun itu direman sehingga 28 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Nanda, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Naziah Mohd. Alias di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, motif kejadian itu dipercayai cemburu, namun belum dapat disahkan hubungan antara mangsa seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dan wanita Vietnam terbabit.

“Kejadian dipercayai ada unsur cemburu. Setakat ini, tiada dokumen yang boleh mengesahkan hubungan mereka,” katanya hari ini.

Hari ini media melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah rumah pangsapuri di Taman Bukit Delima di sini malam semalam selepas berlaku pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki berusia 50-an itu ditemukan kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah.

Sebaik sahaja tiba di lokasi terdapat seorang wanita di dalam rumah dalam keadaan panik dan kesedihan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya