Wai Chong dakwa sentimen perkauman masih tebal dalam DAP

Wai Chong dakwa sentimen perkauman masih tebal dalam DAP

LAI Wai Chong ketika hadir bersama penyokong pada Majlis Penaman Calon PRU15 bagi Parlimen Ampang, baru-baru ini. – FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Sentimen perkauman didakwa masih menebal dalam DAP walaupun ia dina­fikan oleh pimpinan tertinggi parti itu.

Ekoran itu, calon Pilihan Ra­ya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Ampang, Lai Wai Chong memilih meninggalkan parti dengan menyertai Parti Warisan ekoran DAP hanya pada ungkapan sahaja berbilang kaum, namun, dari segi pentadbiran dan amalan adalah sebaliknya.

Malah, katanya, sentimen per­kauman yang wujud dalam DAP sejak lama dahulu menyebabkan rakyat di negara ini berpecah-belah dan tiada keharmonian dalam kehidupan secara majmuk.

“Sebutkan siapa pemimpin Melayu itu? Adakah namanya benar-benar memberi hasil kepada rakyat dan negara?

“Itu saya tidak mahu komen (menjawab adakah calon Mela­yu sebagai poster bagi meraih undi) tetapi saya nampak hari ini rakyat akan memilih calon yang benar-benar ikhlas membantu dan memberi perkhidmatan di kawasan mereka,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia.

Tambah Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Teratai itu, tindakan Pakatan Harapan (PH) yang majoritinya tidak mele­takkan calon tempatan sangat mengecewakan.

“Walaupun PKR dan DAP sebuah jenama yang besar tetapi dengan meletakkan calon bu­kan tempatan hanya menye­babkan mereka hilang undi.

“Dulu mungkin mereka akan sokong parti itu tetapi selepas PRU14, selepas rakyat memberi peluang kepada PH mentadbir negara selama 22 bulan tetapi polisi mereka tidak diterima sebaliknya dimarah oleh rakyat.

“Pemimpin yang ada dalam PH tidak lain hanya gila kuasa, asyik fikir mahu menjadi Perdana Menteri. Balik balik lawan, gaduh, lawan gaduh.

“Jadi saya melihat akan berlaku perubahan besar kali ini kerana rakyat dilihat cende­rung memilih calon yang be­nar-benar berkhidmat walaupun ada nama-nama besar da­lam parti yang jenamanya amat kuat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya adakah kon­troversi hubungan sulit melibatkan dirinya tahun lalu menggugat usaha beliau menakluk Ampang sekali gus menang dalam PRU15, Wai Chong atau lebih dikenali sebagai Bryan Lai menganggap ia adalah isu peribadi dan tidak menghalangnya daripada te­rus menyantuni dan memberi khid­mat dengan sebaiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya