Viral di TikTok lagu Undi nyanyian Jamal Abdillah 

Viral di TikTok lagu Undi nyanyian Jamal Abdillah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Viral di media sosial TikTok hari ini lagu Undi, mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak tertipu kali kedua pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tanpa menyebut secara jelas nama parti politik tersebut, lagu yang didendangkan selebriti terkenal Jamal Abdillah itu memberi peringatan tersebut kepada semua pengundi sebelum menjelang 19 November ini yang jatuh pada hari pengundian.

Antara bait-bait dalam lagu tersebut, ia menyebut: “Cukup sekali ku merasa kesilapan undi, takkan terulang kedua kali memilih dirimu.Ya nasib, ya nasib begini jadinya. Baru jadi kerajaan kau dah kecewakan.

“Terpesona dengan kata-katamu yang menabur janji, tapi mengapa kau menghampakan segala janjimu, Kau yang mulai kau yang mengakhiri, kau yang menjanji kau memungkiri.”

Lagu itu dilihat memberi gambaran pada PRU14 di mana janji yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) ketika itu tidak dilaksanakan, akhirnya menyebabkan ramai yang berasa tertipu dengan janji tersebut.

Maka, lagu tersebut mengingatkan supaya perkara itu tidak berulang lagi pada PRU kali ini dengan tidak memberi undi kepada PH.

“Nasib terus begini, tak mahuku undimu lagi, rugi rasanya percaya padamu, tertipu dengan mu, takkan terulang kedua kali percaya dirimu.”

Lagu tersebut diletakkan di akaun TikTok Jamal @djaofficial_, diubah suai daripada lagu asal Kegagalan Cinta nyanyian Rhoma Irama.

Setakat ini, ia mendapat 21,1000 tanda suka dengan 1645 komen dan 4487 kongsi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya