Usul undi percaya tetap diteruskan

Usul undi percaya tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap diteruskan pada Sidang Dewan Rakyat, 19 Disember ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, meskipun beberapa pihak menggesa pimpinannya tidak membuat usul tersebut, namun keabsahan dari sudut politik itu tetap penting.

“Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) gunakan usul penafsiran perlembagaan dan majoriti jelas tetapi saya juga bincang tadi (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH). Kita punya pandangan bukan sahaja soal perlembagaan , tetapi saya fikir keabsahan itu juga dari segi persepsi politik itu penting,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ramkarpal yang juga pemimpin DAP menggesa Anwar tidak membuat usul undi percaya kerana menyifatkan ia tidak diperlukan lagi.

Beliau berkata, ini kerana sudah jelas sekarang bahawa Perdana Menteri mempunyai majoriti besar, melebihi 140 kerusi.

Selain PH dan Barisan Nasional (BN) yang masing-masing mempunyai 83 serta 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memiliki 23 kerusi, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan enam kerusi turut menyokong pimpinan Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya