Usul kerajaan perpaduan, Agong buat keputusan

Usul kerajaan perpaduan, Agong buat keputusan – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap pada sidang akhbar selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih belum membuat sebarang keputusan siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita sejurus selepas menghadap Seri Paduka memberitahu, Yang di-Pertuan Agong memberikan tempoh masa untuk gabungan parti mewujudkan kerajaan perpaduan.

Terdahulu Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dititah Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini,” demikian penjelasan  Anwar di luar Istana Negara mengenai siapa bakal menduduki kerusi empuk Perdana Menteri ke-10.

Anwar kira-kira pukul 5 petang tadi mengadakan satu sidang akhbar ringkas sejurus selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pada masa sama, beliau berkata, Seri Paduka menitahkan bahawa wujud keperluan agar kerajaan yang terbentuk selepas PRU15 adalah kerajaan yang kukuh.

“Perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan ini lebih kukuh, boleh tumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.