Unimap lakar sejarah, lahir siswazah sulung program profesional

Unimap lakar sejarah, lahirkan siswazah sulung program profesional

TUANKU Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan merakamkan gambar bersama Zaliman Sauli (kanan) dan siswazah sulung program profesional Unimap sewaktu Sidang Lapan Istiadat Konvokesyen Ke-16 di Dewan Ilmu Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melahirkan siswazah sulung Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) sempena Istiadat Konvokesyen Ke-16 di sini, semalam.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, semua siswazah berkenaan menerima skrol masing-masing pada sidang lapan yang disampaikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor Unimap di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap.

Beliau berkata, empat daripada siswazah terlibat menamatkan pengajian dalam program Master Eksekutif Pengurusan Projek Pembinaan manakala lima lagi dalam pengajian Diploma Profesional Penyeliaan Tapak Pembinaan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada siswazah sulung profesional hari ini kerana telah meletakkan kepercayaan kepada Unimap bagi melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini supaya lebih kompeten serta kompetitif di tempat kerja,” katanya.

Siswazah yang berjaya menamatkan pengajian dalam program Master Eksekutif itu ialah Mohd. Azmi Kasimin, Mohd. Azman Abdul Aziz, Mohd. Isa Abdul Rahman dan Rajagopal Murugalah. 

Manakala, siswazah Diploma Profesional yang menamatkan pengajian pula adalah Ahmad Muammar Ismael, Choon Boon Li, John Arulsagaiyaraj Andrew, Mohd. Khairool A. Hamid dan Muhammad Zaini Hamid.

Terdahulu, Unimap mengadakan Istiadat Konvokesyen Ke-16 bagi memberi penganugerahn ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma kepada 3,159 graduan yang sepatutnya berlangsung pada 2021 namun ditangguhkan atas faktor pandemik.

Sehubungan itu, Istiadat Konvokesyen Ke-16 itu bermula dengan Sidang Lima pada Isnin lalu berikutan perubahan tarikh asal bagi Sidang Satu hingga Empat kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Pengurusan universiti itu bagaimanapun mengekalkan tarikh bagi pelaksanaan Sidang Lima hingga Lapan yang bermula 21 November hingga 22 November 2022 dengan pembukaan sidang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor Unimap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya