UMNO, BN penentu bentuk kerajaan hari ini?

UMNO, BN penentu bentuk kerajaan hari ini?

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan apabila mengadakan tiga mesyuarat penting hari ini.

Ini meskipun BN hanya meraih 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berbanding Pakatan Harapan (PH) yang menang 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) yang menguasai 73 kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat Biro Politik UMNO yang melibatkan pengerusi perhubungan negeri diadakan di sebelah pagi, manakala mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan di sebelah petang.

“Langkah segera yang UMNO akan lakukan ialah mengadakan dua mesyuarat penting ini. Mesyuarat Majlis Tertinggi BN akan diadakan jam 8 malam,” katanya dalam kenyataan.

Mengikut pecahan parti dalam BN, UMNO hanya menang 26 kerusi, MCA dua kerusi, MIC satu kerusi dan satu kerusi lagi dimenangi oleh Arthur Joseph Kurup dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Awal pagi tadi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim masing-masing mendakwa mempunyai jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, namun, masih belum mendedahkan kerjasama dengan pihak mana. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya